Monday, 20 June 2016
Bayaran Elaun Kerja Luar Waktu Bekerja Biasa bagi Pegawai Perubatan dan Pegawai Perubatan Pakar (EKLWBB)
Assalamualaikum semua...
Post kali ini bagi membincangkan mengenai elaun EKLWBB atau lebih senang di panggil elaun ON CALL.. elaun ini khas untuk doctor yang bertugas lebih masa atau OT... Umum mengetahui gred P&P tidak dibayar elaun OT walau berapa jam pon bertugas... tetapi untuk doctor ada keistimewaannya... Secara keseluruhannya, terdapat 2 jenis panggilan iaitu Aktif dan Pasif... Aktif ini maksudnya dokter bekerja terus selepas waktu pejabat.. macam bermalam di office lebih 15 jam... sebagai contoh waktu bekerja normal 8.00 hingga 5.00 petang.. doctor tuh sambung OT sampai 8 jam pagi esok (15jam) baru dia punch out.. boleh bayar dengan kadar seperti yang ditetapkan.. Lagi satu PASIF... Pasif ni dokter standby di rumah menunggu panggilan... kalau terima panggilan kn datang hospital. yang bestnya duduk rumah pon ada elaun... kalu tak terima panggilan dapat jugak elaun..
Untuk makluman terperinci mengenai kaedah dan syarat-syarat pembayaran boleh merujuk kepada pekeliling tersebut..
http://account.moh.gov.my/v3/upload/edaran2014/edaran052014.pdf
http://account.moh.gov.my/v3/upload/edaran2014/edaran052014-pindaan_EKLWBB.pdf
Wednesday, 15 June 2016
Bayaran Insentif Pembedahan Elektif pada Hari Sabtu (BIPEHS) bagi Pegawai Perubatan & Pakar Perubatan
Memandangkan beban kerja yang tinggi di hospital-hospital kerajaan, terdapat prosedur pembedahan kecil / elektif yang terpaksa dilakukan pada masa cuti iaitu hari Sabtu. Ini bagi memberi kemudahan kepada rakyat untuk menerima rawatan yang terbaik tanpa mengira masa dan waktu. Jesteru itu, sebagai rakyat Malaysia patut bersyukur di atas kemudahan yang diberikan. Bayaran insentif khas ini akan dibayar bagi perkhidmatan dari 8.00 pg hingga 1.00 tgh dan tertakluk kepada masa pembedahan tamat. Kadar bayaran insentif adalah RM80.00 sejam bagi pegawai perubatan dan RM200.00 sejam bagi pakar bedah dan Pakar Anestesiologi...
untuk maklumat lanjut boleh rujuk surat edaran seperti di bawah...
http://account.moh.gov.my/v3/upload/edaran2014/edaran032014.pdf
http://www.moh.gov.my/index.php/database_stores/store_view_page/31/169
Tuesday, 14 June 2016
Bantuan Upah Jahit Pakaian Seragam
Bantuan Upah Jahit Pakaian Seragam merupakan kemudahan yang diberi kepada penjawat awam berbentuk wang tunai. Terdapat 3 kaedah yang boleh digunakan oleh jabatan dalam menguruskan pembayaran ini. Pertamanya jabatan itu sendiri membeli menguruskan urusan membeli kain dan jahit.. tetapi kaedah ini kaedah ini kurang popular. Kaedah kedua Jabatan uruskan pembelian dan jahitan secara berasingan. Maksudnya kain dari pembekal lain dan jahit dengan orang lain.. tetapi kaedah ini juga kurang popular. kaedah ketiga yang lebih popular adalah dimana jabatan membeli kain sepertimana spesifikasi yang telah ditetapkan oleh pihak kerajaan dan menyerahkan kain kepada pegawai yang terlibat untuk urusan jahitan sendiri. Melalui kaedah ini, pembayaran upah jahit akan dibayar terus kepada pegawai yang terlibat. Di KKM penambahbaikan telah dilakukan dimana pegawai tidak perlu mengemukakan resit tetapi perlu mengisi borang tuntutan yang telah ditetapkan. Ada pro and cons jugak.. tetapi kerajaan terpaksa mengambil risiko setelah pertimbangan yang sedalamnya mengenai perkara ini... kepada pegawai yang terlibat, jujur dan amanah anda amat diperlukan. Kalau dah dapat kain tu, usahalah pergi dapatkan kedai untuk menjahit.. kalau mempunyai bakat jahitan yang terpendam bolehlah cuba menjahit... Pastikan diri anda segak dengan pakaian yang menunjukkan tahap professionalism kalian.. Akhir kata, selamat menjalankan tugas...
Pekeliling terperinci mengenai perkara ini boleh merujuk kepada pekeliling di bawah....
http://account.moh.gov.my/v3/upload/edaran2014/edaran022014.pdf
Subscribe to:
Posts (Atom)