Tuesday, 14 June 2016

Bantuan Upah Jahit Pakaian Seragam


Bantuan Upah Jahit Pakaian Seragam merupakan kemudahan yang diberi kepada penjawat awam berbentuk wang tunai. Terdapat 3 kaedah yang boleh digunakan oleh jabatan dalam menguruskan pembayaran ini. Pertamanya jabatan itu sendiri membeli menguruskan urusan membeli kain dan jahit.. tetapi kaedah ini kaedah ini kurang popular. Kaedah kedua Jabatan uruskan pembelian dan jahitan secara berasingan. Maksudnya kain dari pembekal lain dan jahit dengan orang lain.. tetapi kaedah ini juga kurang popular. kaedah ketiga yang lebih popular adalah dimana jabatan membeli kain sepertimana spesifikasi yang telah ditetapkan oleh pihak kerajaan dan menyerahkan kain kepada pegawai yang terlibat untuk urusan jahitan sendiri. Melalui kaedah ini, pembayaran upah jahit akan dibayar terus kepada pegawai yang terlibat. Di KKM penambahbaikan telah dilakukan dimana pegawai tidak perlu mengemukakan resit tetapi perlu mengisi borang tuntutan yang telah ditetapkan. Ada pro and cons jugak.. tetapi kerajaan terpaksa mengambil risiko setelah pertimbangan yang sedalamnya mengenai perkara ini... kepada pegawai yang terlibat, jujur dan amanah anda amat diperlukan. Kalau dah dapat kain tu, usahalah pergi  dapatkan kedai untuk menjahit.. kalau mempunyai bakat jahitan yang terpendam bolehlah cuba menjahit... Pastikan diri anda segak dengan pakaian yang menunjukkan tahap professionalism kalian.. Akhir kata, selamat menjalankan tugas...


Pekeliling terperinci mengenai perkara ini boleh merujuk kepada pekeliling di bawah....

http://account.moh.gov.my/v3/upload/edaran2014/edaran022014.pdf

No comments:

Post a Comment