Thursday, 25 April 2019

Istilah-istilah yang terdapat dalam MPSAS..

Assalamualaikum pembaca sekalian. Entry kali ni adalah berkaitan istilah-isltilah yang selalu digunakan dalam piawaian perakaunan sektor awam ini.

1. Asas Akruan 

 Bermaksud asas perakaunan yang mengiktiraf urusniaga dan peristiwa lain apabila ia berlaku             (dan bukan sahaja apabila wang tunai atau kesetaraan tunainya apabila diterima atau dibayar.  Oleh itu, urusniaga dan peristiwa yang dicatatkan dalam rekod perakuannan dan diiktiraf dalam          penyata kewangan dalam tempoh berkaitan. 

sebagai contoh, cukai tanah. Urusniaga yang perlu di        rekodkan dalam buku ialah masa bil dikeluarkan.. so senang kira, debit kredit sudah bermula..  dalam kes ni kita Debit Akaun Belum Terima dan Kredit Hasil. 

 Elemen yang diiktiraf dibawah perakaunan akruan ialah aset, liabiliti, aset bersih/ekuiti, hasil dan     belanja. 


2.  ASET 

Ialah sumber yang dikawal oleh entiti hasil daripada peristiwa lampau dan manfaat ekonomi pada masa hadapan atau potensi perkhidmatannya dijangka mengalir ke dalam entiti..

Definasi aset dalam kerajaan berbeza dengan swasta dimana aset swasta hanya memfokuskan aset yang memberi manfaat ekonomi dalam bentuk wang ringgit..  tapi skop dalam kerajaan telah diperluaskan aset ini kepada potensi perkhidmatan yang dijangka mengalir.

Sebagai contoh kerajaan membeli kereta utk tujuan penguatkuasa. Walaupon secara langsung tidak nampak manfaat ekonomi yang ketara tetapi potensi perkhidmatan kesan daripada penguatkuasaan di atas kehadiran penguatkuasa, hasil akan meningkat terumatanya dalam pengeluaran lesen.

contoh lain, apabila kerajaan membuat jalan raya, potensi perkhidmatan yang dijana melaluinya seperti pembayaran cukai langsung dan tak langsung daripada aktiviti ekonomi rakyat akan mengalir ke kerajaan pada akhirnya..

ada faham....

3.  BELANJA

Pengurrangan dalam manfaat ekonomi atau potensi perkhidmatan semasa tempoh pelaporan dalam bentuk aliran keluar atau penggunaan aset atau pengwujudan liabiliti yang mengakibatkan pengurangan aset bersih/ ekuiti, selain yang berkaitan dengan pengagihan kepada pemilik.

Dalam kes kerajaan, belanja ini adalah seperti perkara-perkara yang telah ditetapkan dalam belanjawan seperti kos pembayaran emolumen, bayaran pengoperasian agensi-agensi kerajaan. Selain itu, susut nilai ke atas aset juga akan direkodkan dalam perbelanjaan dimana mematuhi definisi belanja di atas.


No comments:

Post a Comment