Tuesday, 15 October 2019

Slides Taklimat ISPEKS


Boleh download di sini....


Proses Gaji


Berikut adalah proses gaji yang perlu dibuat


Muat Naik Fail Agensi Potongan Gaji    - BN Penyemak  - Pelulus

Proses Kemaskini Gaji ke Fail Induk     - BN - Pelulus

Proses Antara Muka Pembayaran Gaji  - BN- Pelulus

Pengesahan Maklumat Pembayaran Gaji - BN- Penyedia - Penyemak

AP- Baucer Bayaran - BN Pelulus

CM-Posting  - BN Pelulus

Autp Pay  - BN - Penyedia - Penyemak - Pelulus

Proses Akhir Gaji - BN Pelulus


Modul Gaji - Perubahan Gaji Secara Berkelompok

Assalamualaikum dan Salam Sehajtera. Hari ni admin nak buat sedikit review pasal sistem ISPEKS mengenai modul perubahan gaji secara berkelompok.

ni adalah perkara tambahan baru yang admin dapati dimana perubahan gaji boleh dibuat secara kelompok...  means tak perlu dibuat satu2...  carta alir adalah seperti berikut..

Proses Perubahan Gaji Secara Berkelompok   -  level BN

Kemaskini maklumat Perubahan GAji Secara Berkelompok  - Level PTJ

Pelulus - Level BN



Thursday, 25 April 2019

CIRI - CIRI YANG PERLU ADA DALAM PENYATA KEWANGAN

Penyata kewangan perlu disediakan dalam keadaan orang lain boleh memahami. Jesteru itu antara ciri-ciri yang perlu ada adalah seperti berikut:


  1. Kebolehfahaman 
  2. Kerelevanan
  3. Kematanan 
  4. Kebolehpercayaan
  5. Gambaran Secara Benar 
  6. Mementingkan Intipati Berbanding Rupa Bentuk 
  7. Kekecualian 
  8. Lengkap 
  9. Kebolehbandingan 
  10. Ketepatan masa
  11. Keseimbangan antara manfaat dan Kos 
  12. Keseimbangan ANtara Ciri Kualitaif 

Istilah-istilah yang terdapat dalam MPSAS..

Assalamualaikum pembaca sekalian. Entry kali ni adalah berkaitan istilah-isltilah yang selalu digunakan dalam piawaian perakaunan sektor awam ini.

1. Asas Akruan 

 Bermaksud asas perakaunan yang mengiktiraf urusniaga dan peristiwa lain apabila ia berlaku             (dan bukan sahaja apabila wang tunai atau kesetaraan tunainya apabila diterima atau dibayar.  Oleh itu, urusniaga dan peristiwa yang dicatatkan dalam rekod perakuannan dan diiktiraf dalam          penyata kewangan dalam tempoh berkaitan. 

sebagai contoh, cukai tanah. Urusniaga yang perlu di        rekodkan dalam buku ialah masa bil dikeluarkan.. so senang kira, debit kredit sudah bermula..  dalam kes ni kita Debit Akaun Belum Terima dan Kredit Hasil. 

 Elemen yang diiktiraf dibawah perakaunan akruan ialah aset, liabiliti, aset bersih/ekuiti, hasil dan     belanja. 


2.  ASET 

Ialah sumber yang dikawal oleh entiti hasil daripada peristiwa lampau dan manfaat ekonomi pada masa hadapan atau potensi perkhidmatannya dijangka mengalir ke dalam entiti..

Definasi aset dalam kerajaan berbeza dengan swasta dimana aset swasta hanya memfokuskan aset yang memberi manfaat ekonomi dalam bentuk wang ringgit..  tapi skop dalam kerajaan telah diperluaskan aset ini kepada potensi perkhidmatan yang dijangka mengalir.

Sebagai contoh kerajaan membeli kereta utk tujuan penguatkuasa. Walaupon secara langsung tidak nampak manfaat ekonomi yang ketara tetapi potensi perkhidmatan kesan daripada penguatkuasaan di atas kehadiran penguatkuasa, hasil akan meningkat terumatanya dalam pengeluaran lesen.

contoh lain, apabila kerajaan membuat jalan raya, potensi perkhidmatan yang dijana melaluinya seperti pembayaran cukai langsung dan tak langsung daripada aktiviti ekonomi rakyat akan mengalir ke kerajaan pada akhirnya..

ada faham....

3.  BELANJA

Pengurrangan dalam manfaat ekonomi atau potensi perkhidmatan semasa tempoh pelaporan dalam bentuk aliran keluar atau penggunaan aset atau pengwujudan liabiliti yang mengakibatkan pengurangan aset bersih/ ekuiti, selain yang berkaitan dengan pengagihan kepada pemilik.

Dalam kes kerajaan, belanja ini adalah seperti perkara-perkara yang telah ditetapkan dalam belanjawan seperti kos pembayaran emolumen, bayaran pengoperasian agensi-agensi kerajaan. Selain itu, susut nilai ke atas aset juga akan direkodkan dalam perbelanjaan dimana mematuhi definisi belanja di atas.


MPSAS1 Pembentangan Penyata Kewangan

Penyata Kewangan ialah penyataan berstruktur bagi kedudukan kewangan dan prestasi kewangan sesebuah entiti. Ia bertujuan untuk menyediakan maklumat tentang kedudukan kewangan, prestasi kewangan dan aliran tunai entiti yang berguna kepada pelbagai lapisan pengguna semasa membuat dan menilai keputusan berhubung dengan pengagihan sumber yang diamanahkan terhadap sesuatu agensi.

antara faedahnya adalah seperti berikut:


  1. Menyediakan maklumat tentang sumber, pengagihan, dan penggunaan sumber kewangan 
  2. Menyediakan maklumat tentang bagaimana entiti membiayai dan memenuhi keperluan tunai 
  3. Menyediakan maklumat yang berguna untuk menilai kupayaan entiti membiayai aktiiti serta memenuhi liabiliti dan komitmen.
  4. Menyediakan maklumat agregat yang berguna unutk menilai prestasi entiti dari segi kos perkhidmatan, kecekapan dan pencapaian. 
Maklumat entiti adalah seperti berikut: 

  1. Aset 
  2. Liabiliti
  3. Aset Bersih / Ekuiti 
  4. Hasil 
  5. Belanja
  6. Perubahan lain dalam aset bersih 
  7. Aliran tunai.

Tanggungjawab menyediakan penyata kewangan adalah berbeza mengikut bidang kuasa. Di peringkat Federal semua ketua2 jabatan.. dan disatukan oleh Akauntan Negara Malaysia. Di peringkat negeri, Bendahari Negeri bertanggungjawab terhadap penyediaan penyata kewangan, manakala di peringkat PBT dan Badan Berkanun adalah tanggungjawab pegawai kewangn agensi masing-masing. 

Komponen Utama Penyata Kewangan 

  1. Penyata Kedudukan Kewangan 
  2. Penyata Prestasewangan 
  3. Penyata perubahan aset bersih/ekuiti
  4. Penyata Aliran Tunai 
  5. Apabila entiti mendedahkan bajet yang telah diluluskan kepada awam, perbandingan jumlah bajet dan jumlah sebenar adalah sebagai satu lajur bajet dalam pennyata kewangan.
  6. Nota, yang mengandungi ringkasan dasar perakaunan yang signifiksdi dsn nots penjelasan lain. 

Malaysia Public Sector Accounting Standard (MPSAS)

Untuk makluman semua, Kerajaan Malaysia dalam proses untuk berubah bagi perlaksanaan 'accrual accounting'. Sehubungan dengan itu standard yang akan digunakan dalam proses pelaporan penyata kewangan adalah berdasarkan MPSAS yang dikeluarkan oleh Jabatan Akauntan Negara Malaysia. Standard ini digubal berdasarkan IPSAS..beza cuma M dan I... Malaysia dan International. Tapi penambahbaikan dilakukan sesuai dengan persekitaran Malaysia. Next siri saya memperincikan mengenai stanrd ini.. cukup sebagai pengenalan sahaja kali ini.  Admin dan letih, nak balik rumah.. time up already.. bye bye.. chalow..

Penghantaran Penyata Kewangan Kerajaan


Penyata Kewangan Kerajaan samaada persekutuan ataupon negeri perlu dihantar kepada Jabatan Audit Negera pada atau sebelum 31 Julai tahun berikutnya sepertimana yang ditetapakn melalui seksyen 9 Akta Audit 1957.

Manakala Penyata Kewangan bagi PBT adalah pada 31 Oktober tahun berikutnya sepertimana yang dinyatakan melalui seksyen 60, Akta Kerajaan Tempatan 1976.

Namun begitu, penghantaran awal perlu dibuat bagi memastikan tempoh yang mencukupi oleh pihak audit untuk melaksanakan pengauditan terhadap penyata kewangan sebelum sidang dewan rakyat / dewan undangan negeri bagi tempoh selepas tarikh akhir penghantaran penyata kewangan.

Friday, 19 April 2019

Senget...



New Entry

Assalamualaikum, rasanya sudah lama admin tidak pos artikel. Dikesempatan ini admin akan cuba membuat entry-entry baru buat pembaca reader sekalian... selamat kembali..