Thursday, 25 April 2019

MPSAS1 Pembentangan Penyata Kewangan

Penyata Kewangan ialah penyataan berstruktur bagi kedudukan kewangan dan prestasi kewangan sesebuah entiti. Ia bertujuan untuk menyediakan maklumat tentang kedudukan kewangan, prestasi kewangan dan aliran tunai entiti yang berguna kepada pelbagai lapisan pengguna semasa membuat dan menilai keputusan berhubung dengan pengagihan sumber yang diamanahkan terhadap sesuatu agensi.

antara faedahnya adalah seperti berikut:


  1. Menyediakan maklumat tentang sumber, pengagihan, dan penggunaan sumber kewangan 
  2. Menyediakan maklumat tentang bagaimana entiti membiayai dan memenuhi keperluan tunai 
  3. Menyediakan maklumat yang berguna untuk menilai kupayaan entiti membiayai aktiiti serta memenuhi liabiliti dan komitmen.
  4. Menyediakan maklumat agregat yang berguna unutk menilai prestasi entiti dari segi kos perkhidmatan, kecekapan dan pencapaian. 
Maklumat entiti adalah seperti berikut: 

  1. Aset 
  2. Liabiliti
  3. Aset Bersih / Ekuiti 
  4. Hasil 
  5. Belanja
  6. Perubahan lain dalam aset bersih 
  7. Aliran tunai.

Tanggungjawab menyediakan penyata kewangan adalah berbeza mengikut bidang kuasa. Di peringkat Federal semua ketua2 jabatan.. dan disatukan oleh Akauntan Negara Malaysia. Di peringkat negeri, Bendahari Negeri bertanggungjawab terhadap penyediaan penyata kewangan, manakala di peringkat PBT dan Badan Berkanun adalah tanggungjawab pegawai kewangn agensi masing-masing. 

Komponen Utama Penyata Kewangan 

  1. Penyata Kedudukan Kewangan 
  2. Penyata Prestasewangan 
  3. Penyata perubahan aset bersih/ekuiti
  4. Penyata Aliran Tunai 
  5. Apabila entiti mendedahkan bajet yang telah diluluskan kepada awam, perbandingan jumlah bajet dan jumlah sebenar adalah sebagai satu lajur bajet dalam pennyata kewangan.
  6. Nota, yang mengandungi ringkasan dasar perakaunan yang signifiksdi dsn nots penjelasan lain. 

No comments:

Post a Comment